PERSATUAN PENIAGA ISLAM DARULAMAN yang juga dikenali sebagai PERISDA ini ditubuhkan pada bulan April tahun 2019 dibawah Akta Pertubuhan 1966 peraturan-peraturan 1984.
Alamat dan tempat berurusan adalah di 122, Kompleks Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, 05100 Alor Setar, Kedah.
Matlamat penubuhan persatuan ini adalah untuk mengumpul peniaga kecil dan penjaja dibawah satu bumbung disamping membantu dan memotivasikan usahawan-usahawan bumiputera supaya lebih berdayasaing serta mampu menghadapi cabaran global.
Oleh yang demikian, kami juga menyeru kepada semua masyarakat supaya bersama-sama menyertai pertubuhan ini dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti dalam menjaga kebajikan ahli-ahli pertubuhan.
VISI
Menjaga dan menyelaras kebajikan ahli dan masyarakat dengan jayanya.
MISI
Sentiasa mengamalkan semangat kerja berpasukan yang beramanah, professional dan produktif. Selain itu, melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cekap dan cemerlang.
OBJEKTIF
Memberikan pendidikan, modal insan dan latihan yang berguna kepada masyarakat. Disamping itu, menjaga kebajikan masyarakat dalam sosial dan ekonomi.
Memupuk disiplin diri, kepimpingan dan kecergasa fizikal di kalangan ahli-ahli serta menggalakkan ahli-ahli mengisi waktu lapang mereka dengan kegiatan yang lebih berfaedah dan bermanfaat.
Mewujudkan hubungan bersatu-padu tanpa mengira agama, bangsa, budaya dan sebagainya dalam menjadikan sebuah negara Malaysia yang lebih harmoni serta menjalankan pelbagai aktiviti sosial yang berfaedah.
Menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat pertubuhan, memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan menganjurkan program dan aktiviti kesihatan dengan tujuan melahirkan mesyarakat yang cergas dan cerdas.
Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara, memupuk nilai-nilai murni kepada kanak-kanak dan orang-orang dewasa bagi melahirkan generasi yang berhemah tinggi dan menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri.